Tuesday, December 4, 2012

Maklumat selepas mesyuarat JK Pembinaan Masjid At-Taqwa, Bdr Bukit Mahkota @ 29-11-2012

alhamdullilah, JK Pembinaan Masjid AT-taqwa,bdr bukit mahkota telah bermesyuarat pada hari khamis/29-11-2012 jam 10.00mlm di Surau Al-Buhairah,seksyen 6,bdr bukit mahkota. Dikongsikan maklumat berkaitan perkembangan terkini status masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota. 1) Memorandum desakan segerakan pembinaan masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota dibawah RMK10. - Timbalan pengerusi, sdr Hj kamal bersama setiausaha,sdr junaidi telah ke pejabat JAIS untuk bertemu dengan Pengarah JAIS, Tuan Haji Mazuki, namun tidak dapat berjumpa dengan beliau disebabkan kesibukan tugas. - Surat maklumbalas daripada JAIS sepertimana lampiran masih belum ada sebarang tarikh yang ditetapkan bila projek masjid at-taqwa, bdr bukit mahkota ini akan bermula. - Sepertimana yang dimaklumkan oleh MB semasa sidang DUN Selangor ini, kelewatan pembangunan masjid disebabkan kelewatan memangil tender.Beliau juga menyatakan perancangan kerajaan negeri untuk membina 2 buah masjid bagi setiap daerah setiap tahun dengan peruntukan kewangan berhemah iaitu sebanyak RM6 juta.(rujukan: http://www.selangorku.com/?p=19142)
- langkah susulan JK pembinaan masjid adalah membuat temujanji untuk bertemu dengan Pengarah JAIS, Ust Fitri & Sdr Rosli bagi mengetahui sejauh mana permohonan pembinaan masjid buat masa ini. 2) Laporan kewangan terkini setakat 31 Oktober 2012 : RM178,048.85 (sila rujuk lampiran) 3) Pembersihan tapak masjid & penyediaan tapak gerai sementara - Alhamdullilah, kerja-kerja pembersihan tapak masjid telah dilakukan pada bulan Oktober 2012. - Pihak JK pembinaan masjid at-taqwa juga telah mendapat kebenaran daripada JAIS untuk membuka gerai sementara ditapak masjid sementara menanti pembinaan masjid dimuktamadkan(sila lihat lampiran) - Susulan itu, kebenaran diberikan kepada penganjur goodscycle (http://goodscycle.wordpress.comuntuk membuat aktiviti "car boot sales". Sebanyak 4 x aktiviti ini telah dijalankan. Sumbangan daripada aktiviti ini akan digunakan bagi tujuan pembersihan tapak masjid & tapak gerai sementara ini. - Pihak pemaju juga telah memberikan sumbangan batu "paver block" sebanyak 61 plalet bersamaan 25,000 biji. -Mesyuarat bersetuju untuk membentuk JK kecil bagi tujuan pembersihan tapak masjid & gerai sementara ini.
4) Lanjutan kebenaran untuk kutipan derma khairat..sedang diusahakan oleh JK Masjid At-taqwa,bdr bukit mahkota.
5) Blog masjid at-taqwa http://masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com/perlu diperkemaskini dari masa ke semasa. Penerangan perlu dipertingkatkan bagi memaklumkan status terkini berkaitan projek masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota. 6) Mesyuarat juga meluluskan agar sumbangan tetap RM50 sebulan setiap rumah adalah perlu bagi dana masjid at-taqwa. Disamping itu, surat permohonan sumbangan juga perlu dihantar kepada syarikat-syarikat korporat muslim. 7) Mesyuarat dimaklumkan aktiviti KASIH2012http://kayuh4amal.wordpress.com adalah salah satu aktiviti mencari dana masjid. Sokongan semua amatlah digalakkan.
Semoga usaha ini mendapat kerjasama dan sokongan semua pihak khasnya warga bukit mahkota untuk merealisasikan hasrat kita agar masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota dapat dibina dengan segera. Insya-allah. sekian. Dilaporkan oleh JK penerangan, JK Pembinaan Masjid At-Taqwa, Bdr Bukit Mahkota.

No comments:

Post a Comment