Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H...

Assalamualaikum, Bertemu lagi kita dengan Ramadhan al-mubarak 1433H. JK pembinaan masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota ingin mengucapkan salam ramdhan buat muslimin dan muslimat.Sama-sama kita pertingkatkan amalan di bulan ramadhan ini. Maaf dipohon sebab dah lama rasanya blog ini terbiar tanpa sebarang perkembangan terkini. Alhamdullilah, pada khamis yang lalu,19-7-2012 telah berlangsung mesyuarat JK Pembinaan kali ke-12 bertempat di Surau Al-Buhaira,Seksyen 6 Bdr Bukit Mahkota. Berikut adalah ringkasan minit mesyuarat tersebut: 1) Memorandum untuk segerakan pembinaan masjid telah diserahkan kepada pihak JAIS untuk tindakan selanjutnya.Pihak JAIS telah mengambil maklum perkara ini dengan meletakkan masjid at-taqwa sebagai keutamaannya. 2) Kutipan dana sumbangan masjid sebanyak RM150K setakat 31 Jun 2012.Sumbangan masih lagi dibuka kepada semua dermawan & hartawan. 3) Bunner ucapan salam ramadan & salam aidilfitri akan dibuat didalam masa terdekat ini. 4) JK merancang utk ziarah pengerusi, Hj Khair Omar. 5) Mesyuarat memutuskan untuk pertukaran kecil didalam barisan JK pembinaan masjid disebabkan keuzuran pengerusi. Penasihat 2 : Hj Khair Omar Pengerusi : Ustaz Hj Zahari Bin Abdul Latif T/Pengerusi : Sdr Hj Mohamad Kamal Bin Hj Jasit. T/pengerusi 2: Tiada Sekian. Salam Ramadhan al-mubarak 1433H. Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment