Monday, October 1, 2012

Aktiviti "car boot sales" di tapak masjid utk dana...alhamdullilah.

Alhamdullilah, pihak jawatankuasa masjid at-taqwa dengan kerjasama ,pihak penganjur (www.goodscycle.wordpress.com) , dan MPKj telah berusaha untuk menjayakan program jualan "car boot sales" untuk kutip derma Masjid di Bukit Mahkota. Venue : Tapak Masjid At-Takwa, Bukit Mahkota 30 September 2012 Mula seawal jam 7 pagi. alhamdullilah, sambutan amat mengalakkan .sebanyak RM350 sumbangan untuk dana masjid at-taqwa yang berjaya dikutip pada hari tersebut..

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H...

Assalamualaikum, Bertemu lagi kita dengan Ramadhan al-mubarak 1433H. JK pembinaan masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota ingin mengucapkan salam ramdhan buat muslimin dan muslimat.Sama-sama kita pertingkatkan amalan di bulan ramadhan ini. Maaf dipohon sebab dah lama rasanya blog ini terbiar tanpa sebarang perkembangan terkini. Alhamdullilah, pada khamis yang lalu,19-7-2012 telah berlangsung mesyuarat JK Pembinaan kali ke-12 bertempat di Surau Al-Buhaira,Seksyen 6 Bdr Bukit Mahkota. Berikut adalah ringkasan minit mesyuarat tersebut: 1) Memorandum untuk segerakan pembinaan masjid telah diserahkan kepada pihak JAIS untuk tindakan selanjutnya.Pihak JAIS telah mengambil maklum perkara ini dengan meletakkan masjid at-taqwa sebagai keutamaannya. 2) Kutipan dana sumbangan masjid sebanyak RM150K setakat 31 Jun 2012.Sumbangan masih lagi dibuka kepada semua dermawan & hartawan. 3) Bunner ucapan salam ramadan & salam aidilfitri akan dibuat didalam masa terdekat ini. 4) JK merancang utk ziarah pengerusi, Hj Khair Omar. 5) Mesyuarat memutuskan untuk pertukaran kecil didalam barisan JK pembinaan masjid disebabkan keuzuran pengerusi. Penasihat 2 : Hj Khair Omar Pengerusi : Ustaz Hj Zahari Bin Abdul Latif T/Pengerusi : Sdr Hj Mohamad Kamal Bin Hj Jasit. T/pengerusi 2: Tiada Sekian. Salam Ramadhan al-mubarak 1433H. Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, December 27, 2011

Tahniah JK Pembinaan Masjid At-Mustaqim..kutipan mencecah angka 1 juta

Assalamualaikum,

Merujuk kepada portal forum putra-mahkota (www.putra-mahkota.com),
tahniah diucapkan kepada JK pembinaan masjid at-mustaqim,bdr seri putra diatas usaha yang telah dilakukan sehinggakan berjaya mencatat kutipan RM1 juta & juga perlepasan cukai LHDN bagi penderma..Baki sebanyak RM5juta lagi yang dicari..
Moga usaha ini diberkati Allah swt.









sekian.wassalam.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 & Tahun baru 2012

Assalamualaikum,

J/kuasa Pembinaan masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota ingin mengucapkan selamat menyambut maal-hijrah 1433 dan tahun baru 2012 kepada semua ahli kariah & masyarakat setempat di Bdr Bukit mahkota.Semoga kita beroleh kejayaan samada didunia mahupun di akhirat.






Program terdekat sepertimana berikut:

1) Jumaat/30-12-2011 : Forum perdana "Maal Hijrah vs Tahun baru"
Penceramah: 1) Ust Nushi Mahfodz
2) Ust Nor Azman mohamad
Moderator : Sdr Abd Razak
Tempat : Surau Nuri ,seksyen 4, Bdr Bukit mahkota.
Masa : Selepas isyak

2) Sabtu/31-12-2011 : Ceramah Magrib " kembali kepada Islam"
Penceramah : Ust Mokhtar Senik
Pengasas pondok An-Nur
Tempat : Surau Ar-Raudhah,seksyen 5, Bdr Bukit Mahkota.
Masa : Selepas Isyak.






p/s: Maaf kerana lama tidak kemaskini blog masjid at-taqwa.

Saturday, July 23, 2011

Monday, June 20, 2011

Kebenaran membuka tapak gerai/pasar tani di tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota.

Alhamdullilah, pihak JK pembinaan masjid at-taqwa telah menerima surat kebenaran daripada pihak JAIS yang bertarikh 07 Jun 2011 dengan no rujukan:(17) dlm JAI.SEL.BKP/03/023/5/5. Pihak JAIS tiada halangan untuk membenarkan tapak masjid dijadikan tapak gerai/pasar tani. Ianya tertakluk kepada beberapa syarat yang akan ditetapkan oleh pihak JK Pembinaan Masjid kelak.

Terima kasih diatas sokongan semua.Kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang sebaik-baik perancang.