Tuesday, December 27, 2011

Tahniah JK Pembinaan Masjid At-Mustaqim..kutipan mencecah angka 1 juta

Assalamualaikum,

Merujuk kepada portal forum putra-mahkota (www.putra-mahkota.com),
tahniah diucapkan kepada JK pembinaan masjid at-mustaqim,bdr seri putra diatas usaha yang telah dilakukan sehinggakan berjaya mencatat kutipan RM1 juta & juga perlepasan cukai LHDN bagi penderma..Baki sebanyak RM5juta lagi yang dicari..
Moga usaha ini diberkati Allah swt.









sekian.wassalam.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 & Tahun baru 2012

Assalamualaikum,

J/kuasa Pembinaan masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota ingin mengucapkan selamat menyambut maal-hijrah 1433 dan tahun baru 2012 kepada semua ahli kariah & masyarakat setempat di Bdr Bukit mahkota.Semoga kita beroleh kejayaan samada didunia mahupun di akhirat.






Program terdekat sepertimana berikut:

1) Jumaat/30-12-2011 : Forum perdana "Maal Hijrah vs Tahun baru"
Penceramah: 1) Ust Nushi Mahfodz
2) Ust Nor Azman mohamad
Moderator : Sdr Abd Razak
Tempat : Surau Nuri ,seksyen 4, Bdr Bukit mahkota.
Masa : Selepas isyak

2) Sabtu/31-12-2011 : Ceramah Magrib " kembali kepada Islam"
Penceramah : Ust Mokhtar Senik
Pengasas pondok An-Nur
Tempat : Surau Ar-Raudhah,seksyen 5, Bdr Bukit Mahkota.
Masa : Selepas Isyak.






p/s: Maaf kerana lama tidak kemaskini blog masjid at-taqwa.

Saturday, July 23, 2011

Monday, June 20, 2011

Kebenaran membuka tapak gerai/pasar tani di tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota.

Alhamdullilah, pihak JK pembinaan masjid at-taqwa telah menerima surat kebenaran daripada pihak JAIS yang bertarikh 07 Jun 2011 dengan no rujukan:(17) dlm JAI.SEL.BKP/03/023/5/5. Pihak JAIS tiada halangan untuk membenarkan tapak masjid dijadikan tapak gerai/pasar tani. Ianya tertakluk kepada beberapa syarat yang akan ditetapkan oleh pihak JK Pembinaan Masjid kelak.

Terima kasih diatas sokongan semua.Kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang sebaik-baik perancang.

Tuesday, May 10, 2011

Makluman selepas mesyuarat JK Pembinaan Masjid At-taqwa bdr bukit mahkota kali ke10.




Assalamualaikum,

Alhamdullilah, JK Pembinaan Masjid At-Taqwa Bdr Bukit Mahkota telah pun bermesyuarat pada 6-5-2011 (Jumaat) di Surau Al-Buhairah,Seskyen 6,Bdr Bukit Mahkota. Mesyuarat JK kali ke-10 telah dipengerusi oleh Ust Zahari Bin Abdul Latif.
Dikongsikan maklumat selepas mesyuarat tersebut untuk makluman semua warga bandar bukit mahkota.

1) Kutipan semasa sehingga 31/5/2011 sebanyak RM 59,020.29

2) Program Gotong Royong di tapak masjid akan diadakan pada 18 Jun 2011 (Sabtu)

3) Mesyuarat memutuskan untuk memohon lanjutan bagi pemegang amanah kutipan derma khairat bagi pembinaan masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota.

4) Mesyuarat bersetuju untuk membuat poskad sempena Ramadhan & aidilfitri 2011.

5) Mesyuarat dimaklumkan surat permohonan untuk membuat tapak sementara gerai/pasar tani di tapak masjid telah diajukan kepada pihak JAIS untuk kebenaran.

Sekian.

Dilaporkan oleh:
JK Penerangan,
Pembinaan Masjid At_taqwa,Bdr Bukit Mahkota.

Saturday, January 22, 2011

Mesyuarat JK Pembinaan Masjid AT-Taqwa bil 9...

Assalamualaikum,

Alhamdullilah, diberikan kesempatan masa untuk mengemaskini blog masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota. Mesyuarat bulanan JK Pembinaan Masjid At-Taqwa,bdr bukit mahkota kali ke-9 telah dijalankan semalam, jumaat/21-1-2011 bertempat di Surau Al-Buhaira.seksyen 6, bdr bukit mahkota. Dikongsikan beberapa maklumat untuk pengetahuan semua. semoga maklumat ini memberi manfaat. Insya-allah.

1) Pada 31/1/2010, satu taklimat berkaitan kutipan derma oleh pihak MAIS telah diadakan di surau al-muhajirin,seksyen 3,bdr bukit mahkota.Didalam taklimat tersebut, dijelaskan akan peranan & peraturan yang perlu dilaksanakan oleh pemegang amanah didalam melaksanakan tanggungjawab semasa kutipan derma dilakukan.

2)Insya-allah, sebanyak 6 keping bunner berkaitan sumbangan ke akaun masjid at-taqwa yang akan ditempah & dipasang di tempat srategik.

3) Kawasan tapak akan dibersihkan & diracun didalam masa terdekat.

4) JK Pembinaan Masjid dimaklumkan kelulusan peruntukan didalam RMK10 bagi pembinaan masjid at-taqwa. Namun bagi mendapatkan kepastian, satu pertemuan dengan pegawai JAIS Daerah Hulu Langat akan diatur kelak.Insya-allah,sama-sama kita berusaha & berdoa agar dipercepatkan pembinaan masjid ini kelak.

5) Surat perwartaan Tapak Masjid At-Taqwa,bdr bukit mahkota dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor dengan no rujukan (2)dlm JAIS.SEL.BP/03/005/5/48 yang bertarikh 27.05.2010.

5) Kedudukan kewangan semasa (sehingga 31 Disember 2010) : RM26120.43


sekian untuk makluman semua.

Disediakan oleh; JK Penerangan Masjid At-taqwa,bdr bukit mahkota.